fbpx
Gambar hiasan

PDRM jalankan 1,755 pemeriksaan individu kuarantin di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,755 pemeriksaan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap mereka bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi.

“Pada masa sama, sejak 24 hingga 28 Julai lalu, seramai 2,174 rakyat Malaysia pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan ditempatkan di 13 Stesen Kuarantin di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak dan Johor.

“Daripada jumlah itu, seramai tujuh individu dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mereka pulang dari 22 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda dan Australia. – K! ONLINE.

POPULAR