fbpx

Padah bermain mercun ‘crazy bang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim.

Oleh IVAN AMIRUL

PENAMPANG – Seorang lelaki berusia 26 tahun cedera di muka serta badan selain patah bahagian jari selepas mercun jenis ‘crazy bang’ dibakarnya meletup sendiri semalam.

Mangsa dipercayai cuba membakar mercun berkenaan di koridor hadapan rumah yang terletak di Kampung Terian dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, bagaimanapun mercun terbabit dipercayai meletup secara tiba-tiba.

“Mangsa dikatakan pengsan di tempat kejadian sejurus letupan berlaku sebelum ahli keluarga menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan.

“Mangsa dihantar menggunakan helikopter ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Mohd Haris menyatakan mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, beliau mengingatkan orang awam supaya tidak bermain mercun berikutan ia boleh mengakibatkan kecederaan serius.

“Individu yang memiliki atau menjual mercun secara tidak sah juga adalah salah disisi undang-undang serta boleh dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI