fbpx

Hwasa dikritik kerana baju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PROGRAM Home Alone: Girls’ Secret Party terbitan MBC mengeluarkan kenyataan berhubung isu pemakaian baju penyanyi Hwasa yang didakwa menyerupai pakaian tradisional Nigeria.

Peminat antarabangsa menyatakan kebimbangan terhadap penyanyi itu susulan tindakannya yang menyarung pakaian berkenaan dilihat seperti kurangnya kesedaran budaya dengan mempersembahkan pakaian tradisional negara itu dalam bentuk komedi.

Pada 25 Julai lalu, penerbit rancangan itu memberitahu mereka tiada niat untuk menjenakakan pakaian negara lain. Sebenarnya pakaian yang dikenakan Hwasa adalah inspirasi daripada pakaian sauna.

“Kami menyedari ada antara kalian yang salah anggap dengan pakaian Hwasa yang menyamakannya dengan busana dari Nigeria sehingga bimbang akan menimbulkan rasis.

“Kami berharap kenyataan ini menjelaskan tentang semua kekeliruan yang berlaku. Terima kasih atas segala sokongan daripada kalian,” ujarnya.

Selain Hwasa, program yang diterbitkan menerusi akaun YouTube rasmi Home Alone itu turut menampilkan pelawak Park Na-rae dan Han Hye-jin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI