fbpx

Penyokong Liverpool edar akhbar Kosmo! percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADURUDIN (kanan) memberikan akhbar Kosmo! kepada seorang pemandu bas di George Town hari ini.

 

GEORGE TOWN – Penyokong pasukan Liverpool mengedarkan kira-kira 200 naskhah akhbar Kosmo! di sekitar bandar raya ini hari ini sebagai tanda sokongan kepada penerbitan semula akhbar itu.

Presiden The Mighty Red Malaysia Supporters Club, Badurudin Syed Mohamed berkata, pihaknya turun padang untuk memberikan akhbar Kosmo! secara percuma kepada orang ramai.

Menurutnya, akhbar itu habis diedarkan dalam tempoh kira-kira dua jam selepas bermula pukul 8 pagi dan melibatkan kawasan sekitar Pangkalan Feri Sultan Abdul Halim, Lebuh Pantai, restoran-restoran nasi kandar dan Klinik Kesihatan Daerah Timur Laut.

“Ia sebagai tanda sokongan kami kerana akhbar Kosmo! sering menyiarkan berita-berita menarik terutamanya mengenai pasukan kegemaran kami, Liverpool.

“Akhbar-akhbar itu diedarkan untuk bacaan anggota polis, doktor, pemandu bas dan orang awam yang ditemui dan mereka menggemari kandungannya,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI