fbpx

Neeta direstui kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neeta Manisha

Kejayaan vokalis kumpulan IamNEETA, Neeta Manisha menonjol dalam program realiti Big Stage tahun lalu ternyata membuka ruang buatnya mencipta nama sebagai penyanyi solo.

Tampil dengan single kedua, Hanya Mimpi yang dilancarkan pada 17 Julai lalu, langkah wanita berusia 26 tahun itu direstui oleh ahli kumpulannya.

Naib juara Big Stage 2019 itu menambah, dua lagi anggota kumpulan IamNEETA iaitu Anas Zakwan dan Patrick Anohada tidak pernah menghalangnya bergelar artis solo.

Bagaimanapun perkara tersebut itu tidak bermakna kumpulan mereka sudah berkubur, cuma masih mencari masa yang sesuai untuk membuat kemunculan semula.

“Anas dan Patrick ialah orang yang paling banyak memberi semangat kepada saya sejak menyertai Big Stage lagi.

“Tiada istilah dengki atau iri hati kerana kami sudah bersama dalam industri sejak 2011.

Lagi pun mereka kini agak sibuk dengan keluarga, jadi inilah masa yang tepat untuk saya mengembangkan kerjaya solo,” katanya.

Menurut Neera, Anas baru saja kembali ke ibu negara dari Rusia disebabkan pandemik Covid-19, manakala Patrick pula sedang menanti kelahiran anak pertamanya tidak lama lagi.

“Kami fokus dengan IamNEETA selama tujuh tahun tanpa henti, jadi biarlah kami rehat seketika,” ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran muzik video Hanya Mimpi di Bizmilla Wedding Hall, Subang Jaya, baru-baru ini.

Neeta Manisha pada majlis pelancaran single Hanya Mimpi di Subang Jaya, baru-baru ini.

 

Bersedia

Bercakap soal muzik video Hanya Mimpi, Neeta juga sudah bersedia dengan kemungkinan kritikan.

Menyumbang hampir 80 peratus idea berhubung konsep muzik video yang menjalani penggambaran di Kuala Selangor, Neeta bertegas untuk tidak menggunakan khidmat pelakon lelaki.

Katanya, dia sengaja mengelak klise dalam pembikinan muzik video lagu cinta yang kebanyakannya berkisarkan kekecewaan terhadap lelaki.

“Muzik video Hanya Mimpi berkonsepkan kekuatan seorang wanita, jadi saya fokus pada diri sendiri sahaja.

“Mungkin orang kata saya kedekut, tiada bajet atau acah-acah. Tidak mengapa, saya sudah cukup berpuas hati dengan hasilnya,” tambah Neeta.

Lagu Hanya Mimpi ciptaan sepenuhnya Becky Zulkepli, kini boleh distrim menerusi semua platform digital. Muzik video Hanya Mimpi yang telah dilancarkan menerusi YouTube pula sudah mencatatkan hampir 40,000 tontonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI