fbpx
Najib.

Najib bersumpah tidak ambil duit SRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini terdiam sejenak selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengakuan bahawa beliau tidak mengambil wang berjumlah RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun.

Najib berkata, beliau ada membuat proposal berhubung dana SRC sebelum ini namun ia tidak dapat direalisaikan berikutan sudah terlibat dalam pertuduhan ini.

“Sepanjang perkhidmatan saya sebagai Perdana Menteri, saya telah meningkatkan indeks saham negara antaranya Pemodalan Nasional Berhad (PNB) Petronas dan Khazanah Nasional Berhad.

“Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak mempunyai pengetahuan berhubung RM42 juta itu,” katanya sebak.

Mahkamah kemudian menangguhkan prosiding bagi hukuman. – K!ONLINE