fbpx

Juventus sah julang gelaran Scudetto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVENTUS menjulang gelaran juara Serie A buat kali kesembilan berturut-turut selepas tundukkan Sampdoria awal pagi semalam. – AFP

TURIN – Juventus mengesahkan kejuaraan Scudetto buat kali ke­sembilan berturut-turut selepas menjuarai Serie A musim ini de­ngan menewaskan Sampdoria 2-0 di Stadium Allianz awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kejayaan itu tidak boleh dibanggakan kerana Juventus merekodkan jumlah bolos tertinggi berbanding pa­sukan-pasukan juara Scudetto sejak 1961.

Musim ini sahaja menyaksikan The Old Lady telah melepaskan 38 gol daripada 36 perlawanan tetapi kejayaan mereka dibantu menerusi ketajaman penyudah jentera serangan diketuai Cristiano Ronaldo dengan merekodkan ke­seluruhan 75 gol setakat ini.

Ronaldo sekali lagi berjaya mencetak nama selaku penjaring manakala satu gol lagi daripada Fe­derico Bernardeschi ketika mencatat kemenangan ke atas Sampdoria awal pagi semalam.

“Saya sangat gembira kerana berjaya membantu Juventus bergelar juara sepanjang dua tahun di sini. Saya akan terus memberi prestasi terbaik dalam usaha mencipta sejarah demi sejarah di Itali,” kata Ronaldo.

Sementara itu, tonggak pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci mengakui, dia dan rakan-rakan sepasukannya terpaksa mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan taktik yang diterapkan ketua jurulatih, Maurizio Sarri.

“Kami bergelut untuk meme­nuhi tuntutan jurulatih walaupun ramai orang meragui kemam­puan kami. Kejayaan ini amat bermakna buat kami ke­rana kami telah berusaha keras sepanjang musim,” jelasnya.

Lebih menarik, kejayaan Juventus itu menyaksikan Sarri muncul ketua jurulatih paling tua berjaya menjuarai gelaran Scudetto pada usia 61 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI