fbpx
ROSSI mengakui dia berdepan kesukaran apabila jenteranya mengalami masalah dari aspek kepantasan sehingga menjejaskan pemburuan kejuaraan musim ini. – AFP

Rossi rayu sokongan Yamaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANYOL – Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi merayu supaya Yamaha terus menyokong dan memberi kepercayaan untuk dia mampu kembali dengan prestasi terbaik sepanjang musim ini.

Pada perlumbaan pembukaan MotoGP minggu lalu, pelumba Itali itu gagal mengutip sebarang mata di Grand Prix (GP) Sepanyol selepas berdepan kerosakan jentera menyebabkan dia berdepan tekanan yang hebat.

Pada sesi latihan bebas (FP) semalam, Rossi mempamerkan tunggangan positif apabila berjaya menempatkan diri di tangga kedua dalam FP1 di Jerez untuk saingan GP Andalusia hari ini.

“Saya membuat perubahan dalam pasukan kerana perlukan kelainan tetapi saya sedar ia memerlukan masa. Bagi saya sukar untuk melakukannya meskipun ia nampak seperti mudah.

“Saya harap seluruh pasukan dan Yamaha sendiri memberikan sokongan serta percaya bahawa saya mampu memberikan yang terbaik musim ini.

“Saya tiba di sini dan berdepan minggu yang sukar apabila jentera menjadi sangat perlahan. Perkara ini berlaku sejak musim lalu ketika di Aragon, Sepanyol dan Montegi, Jepun,”

“Kami perlu mengubah situasi tersebut dan saya harap kembali berada di landasan yang tepat. Kini saya sangat optimis untuk tampil dengan tunggangan yang lebih baik kerana kami sudah melakukan penambahaikan terhadap jentera,” katanya. – AGENSI

POPULAR