fbpx

Banglo misteri di Nibong Tebal terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah agam yang dikenali rumah 99 pintu selepas dijilat api

SEBERANG PERAI – Rumah agam misteri yang dikenali sebagai Rumah 99 Pintu di Jalan Byram, Nibong Tebal di sini dijilat api dalam kejadian kebakaran hari ini.

Kebakaran banglo kosong yang terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit itu berlaku kira-kira pukul 5.45 petang sebelum bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.57 petang.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd. Awis Kharni Abdul Rahman berkata, kejadian itu melibatkan sebahagian struktur kayu berkeluasan kira-kira 929 meter persegi.

“Anggaran kemusnahan adalah kira-kira 70 peratus dan operasi pemadaman masih dijalankan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Banglo dua tingkat yang didakwa dibina sekitar tahun 1800 itu mempunyai kisah mistik dalam kalangan penduduk tempatan dan dikaitkan milik seorang warga British yang telah mati dibunuh di rumah berkenaan.

Ia mendapat jolokan Rumah 99 Pintu kerana didakwa mempunyai pintu yang banyak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI