fbpx

Xavi umum positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XAVI mendedahkan bahawa beliau diuji positif dengan Covid19 tetapi tidak mengalami sebarang simptom jangkitan dan akan menjalani kuarantin di rumah.

DOHA, Qatar – Pengurus Al Sadd yang juga legenda Barcelona dan Sepanyol, Xavi Hernandez mendedahkan bahawa beliau disahkan positif Covid-19.

Pengendali berusia 40 tahun itu mengakui beliau tidak mengalami sebarang simptom jangkitan, namun akan menjalani kuarantin di rumah.

Xavi sepatutnya membimbing Al Sadd bertemu Al Khor dalam saingan Liga Qatar awal pagi esok, namun terpaksa menyerahkan tugas itu kepada jurulatih pasukan simpanan, David Prats.

“Saya tidak boleh mengemudi pasukan pada perlawanan hari ini (awal pagi esok). David Prats akan mengambil alih tempat saya sebagai ketua pasukan teknikal.

“Saya menjalani ujian Covid-19 beberapa hari lepas dan disahkan positif. Bagaimanapun, saya masih berada dalam keadaan baik dan akan jalani kuarantin sehingga pulih,” kata Xavi.

Pada masa sama, beliau menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak berkuasa yang menjalankan ujian lebih awal bagi memastikan Covid-19 tidak terus menular.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak berkuasa yang membolehkan kami mengesan lebih awal siapa yang positif bagi memastikan liga boleh dijalankan seperti biasa,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI