fbpx

Skandal merokok, perangai buruk Seolhyun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS kecoh berita kumpulannya AOA terbabit dalam skandal buli, nama penyanyi Seolhyun dikaitkan pula dengan laporan yang pernah tular beberapa tahun lalu berkenaan satu insiden di sebuah hotel di Thailand.

Memetik laporan E Channel, kejadian berlaku disebabkan seorang anggota kumpulan wanita terkenal didakwa merokok di dalam bilik hotel sehingga penggera kebakaran berbunyi.

Laporan itu ada menyatakan beberapa petunjuk terhadap wanita berkenaan seperti kumpulannya mempunyai kelompok peminat lelaki yang sangat ramai.

Satu petunjuk paling penting adalah penyanyi itu berada di Thailand kerana terlibat dengan penggambaran iklan.

“Walaupun penampilannya nampak polos, tetapi dia tidak boleh hidup tanpa merokok dan mencarut,” tulis laporan itu yang membawa kepada gosip bahawa penyanyi dimaksudkan ialah Seolhyun.

Memberi respons terhadap penularan berita panas itu, agensi FNC Entertainment mengeluarkan kenyataan: “Orang yang dikatakan itu bukan Seolhyun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI