fbpx

Akhirnya Mina ada kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINA

BEKAS anggota kumpulan AOA, Mina membuat pengakuan sudah mempunyai kekasih hati.

Menerusi hantaran terkini dalam Instagramnya beberapa hari lalu, penyanyi itu berkongsi sekeping gambarnya dengan seorang lelaki misteri yang tidak diperincikan identiti.

Pada bahagian kapsyen, Mina hanya meletakkan emoji berbentuk hati berwarna ungu.

Bagaimanapun, teka-teki peminat tentang status sebenar lelaki itu akhirnya terjawab selepas Mina membalas komen seorang pengguna.

“Awak sudah ada kekasih? Wow, kalau awak gembira, saya okey,” kata seorang pengguna.

Pertanyaan individu tersebut kemudian dijawab ringkas oleh Mina dengan berkata, ya.

Biarpun tiada maklumat lanjut tentang kekasih hatinya itu, namun perkongsian tersebut cukup menggembirakan peminat kerana Mina mempunyai seseorang untuk menceria hari-harinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI