fbpx

Peluang menarik bertemu Seolhyun secara maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEOLHYUN kembali ke skrin kecil apabila bakal muncul dengan sebuah drama bersama Im Siwan berjudul Summer Strike.

SELEPAS dua tahun berehat dari dunia seni, penyanyi dan pelakon Seolhyun akhirnya membuat kemunculan semula dalam drama terbaharu berjudul Summer Strike.

Drama 16 episod tersebut akan mula bersiaran pada 22 November ini menerusi ONE TV Asia saluran Astro 393 pukul 6.55 petang menampilkan Seolhyun bergandingan dengan aktor popular Im Siwan.

Summer Strike mengisahkan Yeoreum (Seolhyun) yang penat dengan kerja dan sentiasa berdepan nasib malang dalam hubungan cinta lampau.

Sehinggakan dia mengambil keputusan berpindah ke sebuah perkampungan pantai kecil dan kemudian bertemu dengan Daebum (Siwan) yang memiliki nasib sama sepertinya.

Khas sempena pelancaran drama tersebut sekali gus dalam usaha mendekatkan peminat dengan selebriti kegemaran mereka, ONE TV akan mengadakan acara penstriman Facebook Live, Onederful Day With Kim Seol Hyun pada 13 November ini.

Acara tersebut dibuka kepada semua dan peminat boleh menyertai permainan interaktif termasuk sesi soal jawab bersama anggota AOA itu menerusi laman Facebook ONE TV Asia pada pukul 3.45 petang.

Lebih mengujakan, seorang pelanggan Astro berpeluang memenangi percutian selama empat hari tiga malam untuk dua orang ke Korea Selatan sebagai ONE SuperFAN Travel Insider.

Pemenang yang bertuah berpeluang merasai pengalaman luar biasa dengan menyelami budaya Korea dan meneroka bandar Seoul di samping menikmati hidangan makanan enak serta banyak lagi aktiviti menarik lain.

Di samping itu, seramai 30 orang pelanggan Astro akan dipilih untuk memenangi pas bertemu Seolhyun secara dekat menerusi sesi pertemuan eksklusif tertutup yang diadakan secara maya.

Untuk keterangan lanjut, boleh layar aplikasi My Astro atau ikuti media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok ONEtvasia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI