fbpx

Kakak maut, adik cedera parah kereta rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan mangsa remuk di bahagian hadapan selepas melanggar sebuah lori jenis Fuso yang diletakkan di bahu jalan di Kilometer 98.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, Yong Peng, Batu Pahat pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

Oleh NUR ALINA HASSAN

BATU PAHAT- Seorang wanita maut, manakala adiknya cedera parah apabila kereta yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 98.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, pagi tadi.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Zakaria Mohamed berkata, dalam kejadian pada pukul 7.54 pagi itu, pemandu kereta, Siti Sarah Mohammad Ali, 27, disahkan maut di lokasi kejadian.

“Adiknya, Siti Nurfarhana, 24, yang merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) mengalami cedera parah.

“Punca kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona yang dipandu mangsa telah merempuh belakang sebuah lori jenis Fuso yang diletakkan di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini.

Menurutnya, akibat rempuhan itu, kedua-dua beradik tersebut tersepit di tempat duduk dan pihak bomba telah menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mereka.

“Bomba bersama enam anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kereta.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut, manakala mangsa yang cedera pula dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat,” katanya.

Zakaria berkata, pemandu lori yang berusia 33 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI