fbpx

Sugu didakwa lagi atas pertuduhan memukul isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri tertuduh, S. Pavithra, 28, bersama peguam bela, Mahinderjit Singh berbincang selepas prosiding terhadap M. Sugu selesai pagi tadi.

IPOH – Suami YouTuber masakan, M. Sugu, 29, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul S. Pavithra, 28, menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini Selasa lalu.

Sugu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.

Mengikut pertuduhan, Sugu didakwa mendatangkan kecederaan di bibir, pipi kiri dan lengan kanan Pavithra menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit di parkir HRPB antara pukul 4 petang hingga 5 petang 21 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan jika didapati bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Waffy Ismail manakala tertuduh diwakili peguam bela Mahinderjit Singh.

Pendakwaan mencadangkan ikat jamin RM10,000 namun Mahinderjit Singh membuat rayuan agar wang jaminan dikurangkan dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa laporan polis berkaitan kes ini telah ditarik balik oleh isteri tertuduh pada Rabu lalu.

Mohd. Waffy sekali lagi bangun dan memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan berhak meneruskan kes walaupun laporan polis telah ditarik balik.

Mohd. Fauzi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pavithra sekali lagi membayar wang jaminan tertuduh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI