fbpx

Sane cuba halang Alaba ke City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALABA merupakan antara pemain pertahanan kiri terbaik di dunia dan kini menjadi buruan City. – AFP

MUNICH – Hasrat Manchester City untuk mendapatkan ­khidmat pemain Bayern Munich, David Alaba mungkin te­rencat gara-gara bekas pemain mereka sendiri, Leroy Sane.

Sane dikatakan telah menasihati Alaba yang hanya memiliki baki kontrak selama 12 bulan di Allianz Arena supaya tidak menerima tawaran ke Etihad biarpun City begitu berminat untuk menandatanganinya.

Pemain antarabangsa Jerman itu yang sah menjadi milik Bayern menerusi perpindahan bernilai £45 juta (RM243.72 juta) sangat teruja untuk beraksi bersama Alaba dan berharap pemain itu akan terus kekal.

“Saya sangat berharap David akan kekal. Saya mahu beraksi bersamanya kerana dia adalah pemain bola yang hebat.

“David telah membuktikan bahawa dia merupakan pemain pertahanan kiri terbaik dunia selain mampu beraksi di bahagian bek tengah,” katanya.

Sane menghabiskan masa empat musim bersama skuad bimbingan Pep Guardiola dan berjaya merangkul dua gelaran Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga serta satu trofi Piala FA.

Bagaimanapun, musim ini agak malang buat Sane apabila mengalami kecederaan dan hanya diturunkan sekali sahaja musim ini ketika City gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi oleh Liverpool. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI