fbpx

Henderson dipilih pemain terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENDERSON (tengah) dipilih sebagai pemain terbaik apabila berjaya membantu Liverpool menjulang gelaran EPL musim ini.

LIVERPOOL – Kapten Liverpool, Jordan Henderson terus berada pada kemuncak kegemilangan apabila memenangi Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan Persatuan Penulis-Penulis Bola Sepak.

Selepas membantu The Reds memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak kempen 1989/90, pemain berusia 30 tahun itu mendapat lebih daripada suku undi untuk memenangi anugerah tersebut.

Bagaimanapun, Henderson menegaskan, anugerah tersebut bukanlah untuk dinikmati sendirian, sebaliknya dia berkongsi kegembiraan itu bersama rakan sepasukan.

“Saya sangat gembira dengan anugerah yang diberikan tetapi saya tidak boleh anggap ia kemenangan saya seorang. Saya terhutang budi dengan rakan sepasukan dan mereka berhak untuk nikmatinya,” kata Henderson.

Bekas pemain Southampton itu mengetepikan cabaran dua rakan sepasukan, Virgil Van Dijk dan Sadio Mane serta pemain Manchester City, Kevin De Bruyne serta penyerang Manchester United, Marcus Rashford.

Tambah Henderson, dia mungkin tidak mampu memenanginya tanpa bantuan serta kerja keras rakan sepasukan yang sentiasa memberikan sokongan.

“Saya terima anugerah ini mewakili seluruh pasukan kerana tanpa mereka, saya tidak mungkin berada di tempat sekarang. Mereka menjadikan saya sebagai pemain serta ketua yang lebih baik,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI