fbpx

Bukan kesan darah rompakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut dipercayai telah mengalami kecederaan terlebih dahulu sebelum memasuki bank berkenaan.

KUALA LUMPUR: Kewujudan tompokan merah dipercayai darah manusia dalam ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan SS 2/60 Petaling Jaya, Selangor kelmarin bukan disebabkan insiden rompakan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati kesan darah itu daripada seorang lelaki warga emas yang melakukan transaksi perbankan di situ.

“Semasa lelaki dianggarkan berusia 60 hingga 70 tahun tersebut beredar, didapati ada tompokan darah di bahagian bawah kaki kanannya.

“Kita percaya lelaki tersebut telah mengalami kecederaan terlebih dahulu sebelum memasuki bank berkenaan,” jelasnya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Sehubungan itu, Nik Ezanee menasihatkan orang ramai tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu yang tular dalam media sosial sehingga menimbulkan kekeliruan terhadap orang ramai.

Tegas beliau, individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam kelmarin, seorang lelaki warga tempatan menghubungi pihak polis memaklumkan terdapat tompokan merah dipercayai darah dalam ruang ATM bank tersebut.

Berikutan laporan itu, sepasukan anggota ke bank tersebut dan mendapati terdapat tompokan darah di situ, namun tiada saksi melihat sebarang kejadian jenayah berlaku di kawasan tersebut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI