fbpx

Bot nelayan upah PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot yang ditahan oleh Maritim Malaysia di barat Pulau Selat Kering semalam.
Lima termasuk dua PATI warga Myanmar yang ditahan Maritim Malaysia.

 

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Tindakan sebuah bot menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan membongkar menggaji dua pendatang asing tanpa izin (PATI) pada jarak 3.2 batu nautika barat Pulau Selat Kering, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu turut menahan tiga lelaki warga tempatan dengan kesemua diberkas berusia 25 hingga 50 tahun.

Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, sewaktu penangkapan dilakukan didapati bot Kelas B sedang leka menunda ikan di perairan tersebut.

“Pemeriksaan mendapati terdapat lima kru termasuk tekong di atas bot berkenaan.

“Dua daripada mereka merupakan warga Myanmar dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, hasil pemeriksaan turut mendapati bot itu telah menangkap ikan seberat 200 kilogram di kawasan tidak dibenarkan pihak berkuasa.

Mohamad Rosli menegaskan kesemua nelayan dan bot itu dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia negeri untuk siasatan lanjut.

“Kes kini disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 manakala dua PATI disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI