fbpx

2 warga Myanmar dijel 18 bulan curi aksesori pagar Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Kuala Lumpur - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Perbuatan dua lelaki warga Myanmar mencuri 62 aksesori pagar pintu masuk 1 dan 3 Istana Negara di sini berbalas apabila mereka dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret M. Saravanan menjatuhkan hukuman itu ke atas Koma Ahmad Faizal Ahmad, 32, dan Muhfizullok Fozal Ahmad, 31, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan dua warga asing itu menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang bermula semalam.

Mereka didakwa mencuri aksesori kepunyaan Istana Negara di kawasan pintu masuk 1 dan pintu masuk 3 di Istana Negara pada pukul 11.30 pagi, 16 Julai lalu.

Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Azahan memohon hukuman penjara maksimum.

“Ini kerana harta yang yang dicuri kedua-dua tertuduh (harta Istana Negara) merupakan lambang kedaulatan negara,” kata Muhammad Aiman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI