fbpx

Rumah dua tingkat musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran di Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, Seberang Perai hari ini.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Sebuah rumah dua tingkat musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.53 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, sampai di lokasi, bomba mendapati rumah berukuran 40×40 kaki persegi itu telah musnah hampir 90 peratus terutamanya dari segi struktur.

“Kebakaran tersebut bagaimanapun berjaya dikawal dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan oleh anggota-anggota yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI