fbpx

Mangsa banjir Bandar Baharu dibenar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Sungai Kechil Ulu di Bandar Baharu dibenarkan pulang hari ini.

Oleh AZAHAR HASHIM

BANDAR BAHARU – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu yang menempatkan 22 mangsa banjir kilat dari dua buah kampung dalam Mukim Bagan Samak di sini ditutup kira-kira pukul 1 petang tadi.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, kesemua mangsa daripada enam keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“PPS ditutup selepas banjir pulih selain keadaan cuaca yang agak baik sejak semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, sebahagian mangsa telah pulang sejak semalam untuk membersihkan rumah masing-masing.

“Kita akan terus melakukan pemantauan terutama di lokasi yang kerap dilanda banjir,” ujarnya.

Kosmo! Online semalam melaporkan 22 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke PPS selepas Kampung Sungai Tepus dan Kampung Pasir Debu di Mukim Bagan Samak di sini dilanda banjir kilat malam kelmarin.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI