fbpx

Ligno Biotech labur RM2 juta bina Muzium Cendawan Susu Harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada produk yang dipamerkan di Muzium Cendawan Susu Harimau yang terletak di Balakong, Selangor.

 

KUALA LUMPUR – Menyedari khasiat Cendawan Susu Harimau yang bernilai tinggi bagi meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat, sebuah syarikat tempatan, Ligno Biotech Sdn. Bhd. (Ligno Biotech) telah membangunkan Muzium Cendawan Susu Harimau.

Muzium yang bernilai RM2 juta yang terletak di Balakong, Selangor itu dibuka sebagai pusat pendidikan dan memelihara tumbuhan tersebut sebagai khazanah ubat negara.

Penasihat Teknikal syarikat, Tan Chon Seng berkata, melalui pembukaan muzium tersebut, pengguna dapat memahami lebih lanjut mengenai manfaat spesis cendawan ini kepada kesihatan.

“Idea membina muzium tersebut datangnya daripada kesedaran untuk
mengekalkan keunikan cendawan tersebut.

“Kita melihat banyak muzium menarik di Eropah seperti Muzium Keju di Amsterdam. Dari situ lahir idea kami untuk membina muzium cendawan sebagai salah satu usaha untuk memperkenalkan khazanah negara ini kepada pelancong asing dan tempatan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Chon Seng menunjukkan cendawan susu harimau.

 

Muzium ini terbahagi kepada galeri dan bilik pameran yang menunjukkan penemuan cendawan, penggunaan tumbuhan tersebut secara tradisional, kajian dan penyelidikan dan bahagian yang mempamerkan anugerah yang diterima syarikat.

“Premis ini turut menempatkan bilik pembelajaran yang boleh membuatkan sehingga 50 orang bagi memberi peluang kepada syarikat untuk bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi atau sekolah.

“Ini akan memberi pendedahan meluas kepada pelajar untuk mempelajari mengenai khasiat bahan mentah tersebut,” jelasnya.

 

Cendawan susu harimau

 

Selain itu, muzium tersebut memuatkan sebuah bilik khas berkaca dengan memaparkan tumbuhan tersebut ditanam dan mengikuti pertumbuhannya secara berperingkat.

Selain itu, bagi meningkat kesedaran dan pengetahuan orang ramai tentang khasiat cendawan susu harimau ini, syarikat turut menganjurkan bengkel dengan kerjasama universiti tempatan bagi memberi pendedahan kepada pelajar berhubung produk berasaskan bahan mentah tersebut.

Selain itu, mengulas mengenai jualan produk cendawan susu harimau keluaran Ligno Biotech, Chon Seng menjelaskan, jualannya disasarkan sehingga 30,000 unit menjelang akhir tahun ini.

“Sejak awal tahun hingga Jun ini, jualan produk ialah kira-kira 15,000 unit,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI