fbpx

Geng curi rokok masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokok yang dirampas daripada suspek.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

SEBERANG PERAI – Sekumpulan tiga lelaki dipercayai aktif mencuri rokok di kedai runcit di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini akhirnya tersungkur selepas ditahan polis semalam.

Tangkapan ke atas suspek berusia 35 hingga 39 tahun itu dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah SPU dalam satu operasi yang dijalankan kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua tangkapan dilakukan di beberapa lokasi berasingan di daerah itu dan di sebuah hotel di Ipoh, Perak.

“Hasil siasatan lanjut, polis berjaya membuat tangkapan ke atas suspek terbabit dan dua daripadanya mengaku terlibat dalam kes curi rokok di kedai runcit dan menjualnya semula di premis sekitar Ipoh.

“Dua daripada suspek terbabit juga mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan siasatan lanjut berkaitan kes tersebut akan dilaksanakan sejurus mendapat tempoh perintah tahanan reman di Mahkamah Butterworth,” katanya di sini hari ini.

Jelas Norzainy, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Kesekaaan kerana mencuri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI