fbpx

Empat pemimpin Kafa letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang direhatkan, Datuk Seri Afandi Hamzah (kanan) bersama Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada sidang akhbar di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Langkah Wan Abdul Rahim Wan Abdullah meletakkan jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Isnin lalu kini diikuti oleh empat individu yang memegang jawatan tertinggi badan induk bola sepak itu.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah yang kini telah direhatkan buat waktu daripada menguruskan persatuan itu.

Menurut Afandi, setakat hari ini, empat individu terdiri daripada dua orang Naib Presiden dan dua ahli jawatankuasa eksekutif telah menghantar surat peletakan mereka kepada Kafa.

“Berdasarkan maklumat yang kita terima, keempat-empat individu ini terpaksa meletakkan jawatan daripada memegang jawatan mereka atas beberapa faktor.

“Ada antara mereka yang sudah memegang jawatan lain selepas kerajaan Perikatan Nasional memerintah dan ada yang terpaksa fokus kepada perniagaan mereka yang terjejas teruk sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kafa sebelum ini diterajui tiga orang Naib Presiden Kafa iaitu Shaari Mat Hussain yang kini dilantik sebagai pemangku Presiden, Prof Dr. Zaliman Sauli dan Datuk Md. Rowi Dollah.

Difahamkan, Mohd. Rowi sudah melepaskan jawatannya berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan Wan Abdul Rahim dan timbalannya Datuk Seri Afandi Hamzah direhatkan buat sementara waktu daripada menguruskan persatuan itu yang tenat dengan pelbagai isu terutamanya hutang dan kewangan.

Mengulas lanjut, Menurut Afandi, tindakan keempat-empat mereka itu menjadikan seramai lima individu penting dalam Kafa yang telah meletakkan jawatan mereka dalam bulan ini.

“Mereka tidak lagi boleh memberi sumbangan sepenuhnya untuk menguruskan badan induk bola sepak negeri ini. Mereka tidak dapat memberi sumbangan kepada Kafa dan mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

“Jadi, kita biar pihak tertinggi Kafa menilai surat peletakan jawatan kelima-lima pimpinan ini dalam mesyuarat exco yang akan datang.”,” katanya.

Jelasnya, susulan daripada peletakan jawatan kelima-lima pimpinan Kafa itu, beliau juga mempertimbangkan untuk melakukan perkara sama pada mesyuarat exco badan induk yang akan datang. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI