fbpx

2 tekong darat seludup PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi (tengah) menunjukkan gambar tekong darat dan sebahagian PATI yang ditahan di Langkawi.

Oleh NUR AMALINA AZMAN

LANGKAWI – Maritim Malaysia (APMM) melumpuhkan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di pulau peranginan ini selepas menahan dua lelaki dipercayai dalang utama kegiatan tersebut di sini Selasa lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, dua lelaki Rohingya berusia 29 dan 35 tahun itu diberkas ketika cuba memberi rasuah RM25,000 kepada pegawai APMM di sebuah restoran di Padang Matsirat kira-kira pukul 3 pagi.

“Rasuah tersebut adalah supaya pegawai penguat kuasa itu memberi laluan untuk kemasukan migran melalui jalan laut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kata beliau, penahanan dua lelaki yang disyaki tekong darat tersebut membawa kepada penemuan 34 orang warga Thailand dan Myanmar dalam serbuan di sebuah rumah transit di Kuala Teriang di sini kira-kira pukul 4 pagi hari sama.

Ujarnya, dua suspek terbabit merupakan pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan mereka dipercayai bergiat aktif menguruskan kemasukan PATI ke Langkawi.

“Malah suspek dipercayai menjadi dalang utama dalam menguruskan kemasukan kemasukan 269 PATI etnik Rohingya di sini pada 8 Jun lepas,” ujarnya.

Tambahnya, APMM bersama pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen Negeri Kedah dan Tentera Laut Diraja Malaysia mula mengesan dua suspek itu sejak dua bulan lalu.

“Dua lelaki itu disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan Akta SPRM 2009,” katanya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI