fbpx

Suami YouTuber masakan direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami youtuber masakan terkenal dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk permohonan reman hari ini.

IPOH – Suami kepada seorang YouTuber terkenal ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes memiliki senjata berbahaya di sebuah hospital di sini semalam.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira pada pukul 6 petang semalam.

Difahamkan suspek yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan membawa senjata sabit telah datang ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana mencari adik iparnya selepas berselisih faham antara mereka.

Perselisihan faham tersebut dipercayai berpunca di dalam satu majlis di Ipoh Isnin lalu.

Ketegangan antara mereka berterusan sehingga suspek datang ke hospital dan bertindak memukul isterinya di pekarangan hospital berkenaan.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan menyatakan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kes berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan ahli keluarga,” katanya.

Sementara itu, Majistret Nabiha Mohd. Noor dari Mahkamah Majistret di sini membenarkan suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI