fbpx

Sempat lari tiga jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZAID

KAJANG – Tindakan pantas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang berjaya menemui semula sebuah kereta jenis Proton Wira yang dilaporkan hilang di sekitar Ampang Jaya tiga jam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kereta berkenaan ditemui di sebuah kawasan di Taman Mutiara Kajang kira-kira pukul 6 petang semalam selepas menahan seorang lelaki berusia 37 tahun.

Beliau berkata, semakan mendapati kereta yang dipandu lelaki berasal dari Tawau, Sabah itu dilaporkan hilang di sekitar Ampang Jaya tiga jam sebelum dia di tahan.

“Soal siasat lanjut ke atas suspek telah mendedahkan dia menyimpan kenderaan curi di sebuah kediaman yang beralamat di Vista Lavender Persiaran Kinrara, Puchong.

“Susulan itu, sepasukan polis yang menyerbu alamat terbabit berjaya menahan seorang lagi rakan suspek berusia 38 tahun serta merampas sebuah lagi kereta jenis Proton Wira yang juga dilaporkan hilang di Serdang,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI