fbpx

Penyokong cadang Wan Rakemi kembali terajui Kafa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Wan Rakemi Wan Zahari

Oleh YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan Darul Naim (Kelate.Net FC) melihat Datuk Wan Rakemi Wan Zahari sebagai individu yang paling layak menerajui Persatuan Bola Kelantan (Kafa).

Bekas Pengarah Urusan Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd. itu mengundurkan diri selepas presiden Kafa, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengundurkan diri berkuatkuasa 6 Julai lalu.

Presiden kelab itu, Mohd. Nurul Md. Yusoh berkata, penilaian itu berpandukan kepada keupayaan tokoh berkenaan menjadi penaja The Red Warriors (TRW) awal tahun lalu sebelum beliau menarik diri.

Menurutnya, latar belakang sebagai tokoh korporat iaitu selaku Pengarah Urusan After Image Sdn. Bhd. melengkapkan lagi pakej untuk mencari dana dan menggalas tanggungjawab tersebut.

“Tidak salah jika Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) mencalonkan Wan Rakemi untuk merajui KAFA kerana beliau adalah individu yang paling layak ketika ini.

“Semasa menjadi Pengarah Urusan TRW, beliau telah mengeluarkan duit poket sendiri semata-mata mahu menyelamatkan pasukan Kelantan. Sebagai penyokong setia, TRW Kelate.Net FC tidak nampak calon lain selain beliau yang mampu menggalas tanggungjawab tersebut,” katanya.

Tambah Mohd. Nurul, jika ada calon yang lebih layak dari Wan Rakemi, kelab penyokong itu sedia menyatakan sokongan sekiranya individu tersebut mampu menyelamatkan badan induk itu.

Jelasnya, ini masa terbaik buat PBJ untuk menyelamatkan pasukan Kelantan daripada berdepan pergantungan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Katanya, bola sepak adalah hiburan utama rakyat Kelantan yang mampu menyatukan seluruh masyarakat tanpa mengira lapisan peringkat umur mahupun fahaman politik.

Ujarnya, agak malang buat rakyat Kelantan seandainya sukan itu dibiarkan berkubur tanpa sebarang nisan.

“Bola sepak kita, wajah kita. Kalau kita tidak berpadu tenaga untuk menyelamatkannya siapa lagi?,” katanya.

Perletakkan jawatan Wan Abdul Rahim itu menyaksikan tugas tersebut dipangku sementara oleh Naib Presiden Datuk Shaari Mat Hussin dilantik sebagai pemangku Presiden selepas Wan Abdul Rahim mengumumkan untuk berehat sebelum ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI