fbpx

Guan Eng dipanggil SPRM bagi keterangan isu terowong dasar laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Guan Eng tiba di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung isu terowong dasar laut.

Oleh MOHD. HUSNI BIN MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi memberi keterangan berhubung projek terowong dasar laut oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira jam 1.05 petang tadi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Vellfire.

Beliau tiba di SPRM dengan ditemani Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Pada 7 Julai lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow turut memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega berkenaan yang membabitkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.

Sebelum itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo; Exco Pembangunan Keluarga dan Wanita, Chong Eng dan Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh turut dipanggil untuk memberi keterangan berhubung projek sama. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI