fbpx
Seorang pelajar tingkatan empat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bachok hari ini atas dia pertuduhan melakukan hubungan seks terhadap dua anak saudaranya masing-masing berusia empat dan tujuh tahun awal tahun lalu.

Semoga nasib dua kanak-kanak itu terbela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK – Seorang pelajar tingkatan empat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan dua orang anak saudaranya berusia empat dan tujuh tahun awal tahun lalu.

Tertuduh yang berasal dari Pasir Puteh bagaimanapun mengaku tidak salah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Dinie Shazwan Ab. Shukor.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks bersama anak saudaranya berusia tujuh tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan tanpa kebenarannya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap anak saudaranya yang berusia empat tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Pasir Puteh kira-kira pukul 1 petang antara bulan Januari hingga 23 Jun lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 377(CA) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Gayathri Sambath, manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd. Norasmawi Norani.

Mohd. Dinie Shazwan membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar jumlah ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah. – K! ONLINE

POPULAR