fbpx

Menyamar pegawai kastam ‘pow’ kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Polis memberkas empat lelaki kerana disyaki menyamar sebagai pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam serbuan di Kajang, Selangor pada 17 Jun lalu.

Kesemua suspek dipercayai menyamar sebagai penguat kuasa JKDM bagi melakukan jenayah peras ugut terhadap pemilik kedai runcit.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, modus operandi suspek adalah mengaku sebagai penguat kuasa yang mahu melakukan pemeriksaan.

“Suspek yang menyamar sebagai pegawai JKDM akan mendakwa premis itu memiliki rokok seludup dan perlu diambil tindakan.

“Kemudian suspek memeras ugut pemilik premis dengan meminta wang. Jika mangsa enggan, suspek akan menakutkan mangsa dan kononnya akan ditangkap,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, semakan polis mendapati terdapat empat kes dilaporkan membabitkan suspek di daerah ini dan tiga kes lain di daerah Petaling Jaya, Kajang serta Subang Jaya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

“Tindakan juga diambil di bawah Akta Pencegahan Jenayah ( POCA) 1959,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI