fbpx

Tahniah makcik Fatimah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYA KARIN

KUALA LUMPUR – Pelakon Maya Karin menerima pengiktirafan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Commendation in Best Actress Category) pada Festival Filem & TV Antarabangsa Ramsgate yang berlangsung pada 11 hingga 14 Jun lalu.

Pengiktirafan tersebut diperolehi menerusi lakonannya dalam filem Olympic Dream yang turut tersenarai sebagai Pilihan Rasmi (Official Selection) pada festival sama.

Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke, 41, dalam satu kenyataan berkata, dia bersyukur dengan pengiktirafan tersebut.

“Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak juri Festival Filem & TV Antarabangsa Ramsgate atas pengiktirafan yang langsung tidak saya jangkakan ini. Mungkin apa yang saya cuba sampaikan dalam filem ini memberi impak kepada juri dan penonton.

“Sejak pertama kali menerima skrip filem pun sudah memberi kesan secara peribadi kepada saya. Biarpun tiada nama besar dalam filem ini, saya bersetuju untuk membintanginya kerana tertarik dengan watak Makcik Fatimah. Saya juga ingin berterima kasih kepada pengarah dan pihak produksi yang memberi peluang untuk saya berkarya dan ruang mendalami watak ini mengikut acuan sendiri,” ujarnya.

Watak Makcik Fatimah dalam filem Olympic Dream meletakkan Maya sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem & TV Antarabangsa Ramsgate

 

Olympic Dream merupakan filem terbitan Full Billion Entertainment Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat produksi tempatan yang berpusat di Pulau Pinang. Filem arahan sutradara Don Hoe tersebut menyaksikan Maya memegang watak sebagai Makcik Fatimah menjadi pendorong kepada anak yatim di bawah jagaannya, Anna Wong yang mengejar impian untuk menjadi seorang permain badminton negara dan bertanding pada kejohanan Olimpik.

Karya berkenaan juga pernah merangkul anugerah Filem Cereka Terbaik di Simply Indie Film Festival dan Canadian Cinematography Award, selain pernah menang Filem Keluarga Terbaik di Kinoduel International Film Festival.

Festival Filem & TV Antarabangsa Ramsgate merupakan sebuah festival filem yang berpusat di bandar pesisir Ramsgate, England menjadi platform kepada pembuat filem bebas dari United Kingdom dan antarabangsa untuk berkongsi karya baharu kepada orang ramai, pengedar serta memupuk bakat baru. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI