fbpx

Kerajaan Selangor mahu laporan terperinci tanah mendap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Han (tengah berpelitup muka) meninjau lokasi tanah mendap di persimpangan Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang, Selangor hari ini.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Kerajaan Selangor memberi tempoh dua hari kepada pelaksana projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) menyerahkan laporan terperinci berhubung kejadian mendapan tanah di persimpangan Jalan Johan Setia dan Jalan Langat di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, laporan itu kemudian akan dibentangkan dalam Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada Khamis ini.

Katanya, kejadian tersebut merupakan kali kedua berlaku melibatkan projek LRT3 selepas insiden kegagalan struktur kerangka besi lebih sebulan lalu.

“Perkara ini dianggap serius kerana membabitkan kepentingan awam terutama kemudahan jalan dan air kepada ribuan penduduk di sekitar kawasan tersebut.

“Justeru, pihak berkenaan perlu menghantar kajian dan laporan forensik berhubung kejadian itu sekurang-kurangnya dalam tempoh dua hari sebelum dibentangkan dalam MTES pada Khamis ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Sementara itu, Ahmad Fadzli berkata, pihaknya meminta semua pihak menghantar pelan perancangan terlebih dulu kepada MPK sebelum melaksanakan sebarang projek terutama berkaitan komposit atau struktur tanah yang mempunyai pelbagai jenis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI