fbpx

Janin lelaki terapung dalam loji kumbahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Janin lelaki cukup sifat ditemui dalam keadaan terapung di dalam loji pembetungan Indah Water di Damansara Damai di sini semalam.

PETALING JAYA  – Satu janin lelaki cukup sifat ditemui dalam keadaan terapung di dalam loji pembetungan Indah Water di Damansara Damai di sini semalam.

Janin tersebut ditemui pekerja syarikat pembentungan berkenaan pada pukul 2.20 petang sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faizal berkata, saksi menemui janin berkenaan dalam keadaan terapung ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Janin yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan usia bayi berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan dari Balai Polis Sungai Buloh yang meminta bantuan untuk mengeluarkan janin tersebut pada pukul 3.15 petang.

“Anggota bomba mengambil masa lima minit untuk mengangkat janin tersebut sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI