fbpx

Keutamaan diberikan untuk dapatkan aset 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus beri keutamaan terhadap usaha mendapatkan semula aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, bagi menzahirkan perkara tersebut, kerajaan telah mengambil tindakan proaktif merentasi pelbagai negara dan organisasi.

“Diketuai oleh Jabatan Peguam Negara, kerajaan juga sedang mengadakan perbincangan dan rundingan dengan pelbagai organisasi antarabangsa, termasuk Goldman Sachs Group Inc.

“Minggu ini, perwakilan kanan dari Goldman Sachs Group Inc. telah hadir ke Malaysia untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berharap perbincangan itu akan membuahkan hasil dan membolehkan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai pemulangan aset 1MDB kepada Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI