fbpx

UMNO yakin PN restui pertahankan DUN Slim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – UMNO yakin komponen dalam Perikatan Nasional (PN) akan merestui parti itu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kemungkinan untuk meletakkan calon tinggi berikutan kerusi itu dimenangi parti berkenaan sebelum ini.

“Kalau kita (UMNO) letak (calon bertanding), parti Pas tidak akan letak dan yakin Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan parti lain yang menyertai kerajaan kini turut menghormati UMNO.

“Perkara ini sudah dipersetujui menerusi Muafakat dan Perikatan Nasional sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘U-through girder’ bagi projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Glenmarie di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Tajudin yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak menegaskan tidak munasabah sekiranya parti dalam PN perlu bertanding sesama sendiri.

“Kita sudah bersama dengan kerajaan dan tidak akan berlawan antara satu sama lain,”jelasnya.

Rabu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Bentong, Pahang selepas pengsan ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort, kira-kira pukul 2.30 petang.

Allahyarham memenangi kerusi DUN Slim pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan calon Bersatu dan Pas dengan memperoleh majoriti 2,183 undi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI