fbpx

Operasi Benteng berkas lebih 1,500 PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang diberkas akan didakwa di mahkamah

PUTRAJAYA – Pihak berkuasa telah memberkas lebih 1,500 pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui Operasi Benteng yang dilakukan bermula 1 Mei hingga 14 Julai lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain PATI, pihak berkuasa telah memberkas 526 tekong serta 110 penyeludup dalam operasi bersepadu selama tiga bulan itu.

“Jumlah PATI yang ditahan sebanyak 1,598. Kita turut merampas 54 buah bot dan 156 kenderaan yang terlibat dalam percubaan menceroboh perairan negara.

“Polis turut menahan lima warga asing atas kesalahan imigresen baru-baru ini. Sebanyak 68 sekatan jalan raya telah dilakukan di seluruh negara dan sebanyak 37,001 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya.

Operasi Benteng melibatkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Maritim Malaysia dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia yang mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI