fbpx

Penonton Jepun puji animasi Malaysia Mechamato Movie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster filem animasi Malaysia, Mechamato Movie untuk versi Jepun.

PETALING JAYA – Filem animasi Malaysia, Mechamato Movie yang ditayangkan di Jepun mendapat pujian daripada penonton negara tersebut, apabila ramai memberikan maklum balas positif selain terhibur selepas menontonnya di pawagam.

Komen-komen positif itu dikongsikan oleh penonton di Jepun selepas menonton tayangan Premiere Mechamato Movie yang kemudiannya dimuat naik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak di Facebook.

“Sebagai animasi robot untuk kanak-kanak, ia sangat-sangat menyeronokkan. Filem animasi ini juga berjaya menarik minat anak-anak untuk tempoh dua jam yang mana dalam panggung juga dipenuhi oleh mereka,” kata seorang penonton di Jepun.

“Sangat teruja dengan adegan pertempuran dalam Mechamato Movie, malah lebih terperinci aksi lawan yang ditonjolkan berbanding siri televisyen. Dipenuhi dengan rasa sebenar yang hanya boleh dirasai di dalam panggung.

“Filem ini menyasarkan kanak-kanak dan orang dewasa yang turut diselitkan elemen mendidik dengan mesej mendalam. Tak hairan ia dapat sambutan hebat di Malaysia. Tolong tonton filem ini,” ujar seorang lagi penonton.

“Saya harap ramai kanak-kanak akan menonton filem ini, begitu juga orang dewasa. Selain itu, penyanyi untuk lagu tema filem ini suaranya ‘lembut’ dan ia sangat menenangkan,” kata penonton yang lain.

Nizam (dua dari kiri) bersama makot Mechamato dan beberapa pelakon suara serta penyanyi utama filem Mechamato Movie versi Jepun.

Sementara itu, Nizam turut berkongsi gambar bertemu beberapa pelakon suara Mechamato Movie versi Jepun serta penyanyi untuk lagu filem tersebut di Chofu, Tokyo.

“Pagi tadi (semalam) berlangsung Premiere Mechamato Movie versi Jepun di Chofu yang terkenal sebagai ‘cinema town’. Sejujurnya saya juga tidak menyangka versi Jepun rasanya sebegitu ‘umph’ sekali.

“Pelakon suara juga ‘on point’. Peminat anime pasti akan faham perasaan saya jika dapat melihat versi Jepun. Gambar bersama pelakon suara Mara (Emiri Kato), Pian (Ryoko Shiraishi) dan Ruka penyanyi Tomodachi (Temaniku) OST Mechamato Movie.

“Mechamato Movie boleh disaksikan bermula 19 Januari di AEON cinema, rangkaian pawagam terbesar di Jepun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI