LELAKI Pakistan ditahan JPJ di Jalan Padang Serai-Sungai Karangan, Kulim pada semalam. - Gambar JPJ KEDAH

Lelaki Pakistan tak sempat berniaga aiskrim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Seorang lelaki Pakistan tidak sempat berniaga aiskrim selepas ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kilometer 1 Jalan Padang Serai-Sungai Karangan, di sini semalam.

Lelaki berusia awal 30-an itu ditahan kira-kira pukul 10.54 pagi selepas mengambil bekalan aiskrim daripada pengedar di Padang Serai untuk dijual di kawasan berhampiran.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, hasil pemeriksaan mendapati berlaku salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM), selain terdapat pengubahsuaian kenderaan dan kesalahan teknikal.

“Susulan itu, lelaki terbabit dikenakan tindakan saman, manakala motosikal tersebut disita untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil semakan mendapati lelaki terbabit baru berpindah dari Terengganu ke Kedah dan merupakan pemegang permit pekerjaan sebagai buruh binaan.

“Penunggang motosikal itu memegang permit pekerjaan sebagai buruh sektor pembinaan, namun turut didapati menjalankan aktiviti perniagaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN