Luahan pengguna Threads tersebut. - GAMBAR HIASAN

Kena influenza dapat MC 5 hari, syarikat benarkan cuti sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa hanya dibenarkan mengambil cuti sakit sehari dalam tempoh sebulan meskipun memperoleh sijil cuti sakit (MC) selama lima hari, akibat dijangkiti influenza B.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, pengguna dikenali sebagai @lylyqyla berkata, dia perlu kembali bekerja pada keesokan harinya sekiranya sudah menggunakan kelayakan cuti sakit sehari yang dibenarkan oleh syarikat.

“Bila bekerja dengan syarikat yang hanya benarkan MC sehari dalam sebulan, esok dah kena mula kerja walaupun dapat MC lima hari.

“Kalau tak kerja, memang gaji kena tolak bagi selebihnya. Lima hari bukan sikit,” katanya.

Menurut wanita itu, keadaan tersebut menggambarkan realiti kehidupan yang semakin mencabar, terutama bagi pekerja yang berdepan masalah kesihatan tetapi masih perlu memikirkan soal pendapatan.

“Hidup ini keras. Semoga sihat-sihat diri ini,” luahnya.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang bersimpati dengan situasi dihadapi wanita berkenaan, selain ada yang berkongsi pengalaman berdepan tekanan apabila mengambil cuti sakit.

Ada juga yang berpandangan bahawa pekerja sepatutnya diberikan ruang secukupnya untuk berehat dan mendapatkan rawatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik sebelum kembali menjalankan tugas.

“JTK (Jabatan Tenaga Kerja) ada, sila manfaatkan. Bekerja ini jangan sampai jadi hamba. Semoga dipermudah urusan,” kata @Ikram Mohd Noor.

“Pergi pejabat jangan pakai mask (pelitup muka), kemudian batuk depan semua orang. Baru ada akal,” saran @Far_atiqah.

Sementara itu, pengguna @Izzahamandaydenada berpandangan cuti sakit tidak wajar ditetapkan sehari sebulan.

“Tiada istilah MC sehari sebulan. MC bukan seperti cuti tahunan yang dikumpulkan atau diperoleh setiap bulan. Di bawah Seksyen 60F Akta Kerja 1955, pekerja yang telah berkhidmat kurang daripada dua tahun layak mendapat 14 hari cuti sakit berbayar dalam setahun kalendar, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta tersebut.

“Jadi, tiada konsep sebulan hanya boleh ambil MC sehari. Ia sudah bercanggah dengan Akta Kerja. Boleh buat laporan kepada JTK,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN