fbpx
Gambar hiasan

Sesal gagal menebus keterlanjuran masa silam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERKENALAN Hakim dan Ika (bukan nama sebenar) bermula sewaktu masing-masing menuntut di kelas dan sekolah yang sama di sebuah negeri di utara tanah air.

Perkenalan tersebut telah mewujudkan bibit-bibit cinta antara mereka meskipun ketika itu baru berusia 15 tahun.

Disebabkan rasa cinta yang menebal dalam diri masing-masing, mereka berdua dilihat sering menghabiskan masa bersama di dalam mahupun luar bilik darjah.

Memandangkan rumah mereka berdua dipisahkan dengan jarak lima kilometer sahaja, maka Hakim sering menunggang motosikal bapanya untuk berjumpa Ika di sebuah kedai makan di luar waktu sekolah.

“Rumah kami juga tidak jauh sekali gus membolehkan saya dan Ika menghabiskan masa bersama.

“Setiap kali ada masa terluang, kami akan berjumpa dan menghabiskan masa minum sambil mengulang kaji pelajaran di kedai berhampiran rumah Ika,” ujar Hakim ketika ditemu bual Panorama baru-baru ini.

Percintaan Hakim dan Ika bukan lagi rahsia di sekolah, malah kedua-dua ibu bapa mereka juga mengetahui perhubungan cinta tersebut.

Hubungan mereka berlarutan sehingga memasuki tingkatan empat.

Pada satu hari, selepas pulang dari sekolah, Ika telah mempelawa Hakim untuk ke rumahnya. Ika mahu Hakim menemaninya memandangkan kedua-dua ibu bapa Ika ketika itu sedang bekerja.

“Ika juga ajak saya untuk mengulang kaji pelajaran di rumahnya kerana kedai makan yang selalu kami pergi tutup.

“Saya tidak berfikir panjang dan terus menerima pelawaan Ika itu. Tetapi, kunjungan saya ke situ memberi masalah lebih besar, apabila kami telah terlanjur,” katanya.

Menurut Hakim, bukan sekali mereka terlanjur tetapi beberapa kali atas permintaan Ika sendiri yang mahu dia menemaninya selepas pulang ke sekolah.

Selepas beberapa bulan, Ika mula mengadu kepada Hakim tentang perubahan tubuh badannya terutama di bahagian perut yang semakin membesar.

Situasi itu membuatkan Hakim tidak senang duduk memandangkan dia sedar bahawa Ika mungkin mengandungkan anaknya selepas keterlanjuran mereka sebelum ini.

Perubahan itu mula dihidu ibu Ika yang mula bertanya perubahan perutnya serta mendesak supaya memberitahu individu yang bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.

“Selepas kandungan Ika memasuki usia empat bulan, perutnya mula membesar. Ika tidak dapat menyimpan rahsia berkenaan daripada ibunya. Hendak digugurkan pun sudah terlewat ketika itu.

 

HAKIM menyimpan hasrat untuk memperisterikan Ika kerana dia benar-benar mencintai gadis itu namun telah menerima padah apabila terlanjur sehingga menghamilkan kekasihnya itu.–GAMBAR HIASAN

 

Segala keterlanjuran kami telah diceritakan oleh Ika kepada ibunya sekali gus menyebabkan keluarga saya juga terkesan dengan isu berkenaan,” ujar Hakim yang ketika ini berusia 32 tahun.

Selepas kejadian itu, Ika telah dipindahkan sekolah oleh ibunya dan tinggal bersama neneknya sambil menunggu kelahiran.

Ujar Hakim, hubungannya dengan Ika terus terpisah meskipun jauh di lubuk hatinya ingin memperisterikan kekasihnya itu.

“Saya betul-betul cintakan Ika, namun kami tidak dapat bersatu disebabkan masing-masing ketika itu masih bersekolah.Saya difahamkan, dia memilih untuk tidak menggugurkan anak berkenaan.

Sebaliknya, keluarganya ingin Ika melahirkannya di rumah neneknya di sebuah negeri di Pantai Timur,” ujarnya.

Selepas dua tahun dan masing-masing sudah tamat sekolah, Hakim terserempak dengan Ika di sebuah pusat beli-belah bersama seorang bayi lelaki.

Perasaan Hakim ketika itu bercampur-baur sedih dan gembira saat melihat bayi tersebut kerana sedar anak itu sebahagian daripada darah dagingnya.

“Dalam pertemuan itu, saya sempat bertanyakan khabar Ika serta bertukar nombor telefon. Selepas itu, saya ada berhubung serta menyatakan hasrat untuk mengahwininya.

Namun, permintaan saya ditolak oleh ibunya kerana tidak merestui hubungan kami. Ibunya bahkan tidak benarkan saya mendekati anak itu. Lantaran itu, saya terpaksa menahan rasa cinta terhadap Ika dan bayi lelaki itu. Saya berasa sangat sedih kerana niat untuk menebus kesalahan sebelum ini tidak diterima,” ujarnya.

Menurut Hakim, dia sangat menyesal atas keterlanjurannya bersama Ika sehingga melahirkan bayi tidak berdosa di dunia ini. Dia akan berasa sedih setiap kali mengenangkan nasib bayi lelaki itu yang akan dibesarkan tanpa kasih sayang seorang bapa yang sah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN