RASHFORD bakal menikmati bonus tambahan susulan kejayaan United melangkah ke Liga Juara-Juara. - AFP

EPL: Rashford dijangka raih ‘durian runtuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Penye­rang Manchester Uni­ted, Marcus Rashford bakal menikmati kenaikan gaji sehingga £4 juta (RM22.04 juta) sekiranya dia kekal berada di Old Trafford walaupun langsung tidak diberikan minit permainan musim ini.

Situasi itu gara-gara kejayaan United melayakkan diri ke sai­ngan Liga Juara-Juara (UCL), se­kali gus mengaktifkan klausa ke­naikan gaji yang dimiliki Rashford, Mason Mount dan Andre Onana.

Walaupun United sudah memperkenalkan sistem kenaikan gaji yang memerlukan pemain beraksi 60 peratus daripada minit permainan pasukan dalam mana-mana kempen, namun Rashford, Mount dan Onana tertakluk kepada perjanjian lama.

Bagaimanapun, The Red Devils tidak perlu bimbang me­ngenai bayaran untuk Onana memandangkan gaji pemain Ca­meroon itu akan dibiayai sepenuhnya oleh kelab Turki, Tra­b­zon­spor yang mendapatkan khid­matnya secara pinjaman.

Setakat ini, Rashford yang baru sahaja kembali daripada pin­jaman semusim dari Barcelona menerima gaji tahunan berjumlah £16 juta (RM88.16 juta) di United dan dia akan menikmati bonus tambahan £4 juta.

Sementara itu, Mount pula di­fahamkan akan menerima bayaran tambahan £1 juta (RM5.51 juta), sekali gus menyebabkan United mula ‘pening kepala’ untuk mengawal perbelanjaan bagi menghadapi saingan musim baharu.

United dikatakan sudah cuba menawarkan Rashford dan Ona­na kepada mana-mana kelab se­cara perpindahan tetap, namun tidak ramai yang berminat ekoran gaji yang mahal selain bonus tambahan dalam kontrak mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN