fbpx
TANGKAP layar menunjukkan Gastelum ditembak oleh dua lelaki yang menugggang sebuah motosikal. - AGENSI

‘Influencer’ ditembak mati semasa siaran langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEXICO CITY –  Seorang pempengaruh media sosial ditembak mati ketika bersiaran langsung bersama rakan-rakannya di luar sebuah restoran di negeri Culiacan, Mexico, lapor akhbar Metro UK.

Mangsa yang dikenali sebagai Cesar Gastelum, ditembak sekitar pukul 8.14 malam (waktu tempatan), Isnin lepas dengan insiden ditonton oleh pengikutnya di laman sosial.

Paparan kejadian menunjukkan dua lelaki memakai topi keledar tiba di laluan pandu lalu restoran berkenaan dengan menaiki sebuah motosikal berwarna putih, merah dan hitam. 

Salah seorang penyerang menghampiri Gastelum dan  melepaskan tembakan pada bahagian kepala mangsa menggunakan pistol, sebelum kedua-dua mereka melarikan diri.

Dua rakan yang membantu merakam siaran langsung tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, namun trauma susulan insiden berkenaan. 

Pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Gastelum merupakan pencipta kandungan media sosial  popular di Mexico. Dia mempunyai lebih 600,000 pengikut  di platform TikTok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN