fbpx
BMKG memberi amaran potensi asap kebakaran hutan Kalimantan Barat menyeberang ke Malaysia. -ANTARA/Jessica Wuysang

Asap jerebu berpotensi tersebar ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia mengesahkan asap daripada kebakaran hutan dan dahan (karhutla) di wilayah Kalimantan Barat berpotensi merentasi sempadan dan memasuki Sarawak, lapor saluran berita CNN Indonesia.

BMKG melaporkan,  tiupan angin semasa mengarah ke kawasan barat laut, yang mendorong pergerakan asap tebal tersebut melepasi sempadan antarabangsa bagi tempoh ramalan 4 hingga 10 Ogos 2026.

Menurutnya, cuaca kering di seluruh kawasan itu diramal berterusan dan semakin meluas sepanjang awal bulan Ogos. 

Pemantauan statistik meletakkan beberapa wilayah Indonesia dalam keadaan berjaga-jaga.

Taburan kekeringan melampau ini dilaporkan tertumpu di Jawa, Bali, Nusa Tenggara, bahagian selatan Sumatera dan Kalimantan, Maluku Utara serta sebahagian Sulawesi.

BMKG memberi amaran bahawa keadaan tanpa hujan yang berlarutan itu  mengurangkan bekalan air secara drastik serta meningkatkan risiko kebakaran tanah dan tumbuh-tumbuhan. 

Peningkatan impak musim kemarau  memicu insiden karhutla di pelbagai daerah termasuk Kalimantan Barat, Aceh, Kepulauan Bangka Belitung, Jawa Tengah, Jawa Timur, dan Bali.

Imej satelit terkini turut mengesahkan taburan asap dikesan aktif di Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Timur, dan Kalimantan Selatan.

Meskipun cuaca kering mendominasi sebahagian besar wilayah, BMKG menambah, potensi hujan lebat masih direkodkan di beberapa kawasan di utara dan barat Sumatera serta Kalimantan Utara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN