fbpx
Tangkap layar video mendakwa bunyi misteri di ruang utiliti sebuah bangunan di Petaling Jaya.

[VIDEO] Tekanan air dipercayai punca bunyi misteri di Empire City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bunyi misteri yang didakwa menyerupai suara wanita dari sebuah unit kediaman di M Tower, Empire City, di sini, berpunca daripada tekanan air di ruang utiliti bangunan terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pemeriksaan telah dijalankan oleh anggota polis bersama pengawal keselamatan di lokasi kejadian.

“Anggota saya telah membuat pemeriksaan dan semua tingkat telah diperiksa oleh pengawal keselamatan. Tiada apa-apa yang mencurigakan ditemui.

“Pengawal keselamatan turut mendengar bunyi tersebut, namun ia dipercayai datang daripada paip air. Disyaki tekanan air telah mengeluarkan atau menyebabkan bunyi yang pelik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang penghuni mendakwa mendengar bunyi misteri berulang kali serta suara seakan-akan wanita dari ruang utiliti di tingkat 23 bangunan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN