fbpx
Nur Umaira turun padang menangani aduan penduduk berhubung kejadian pokok tumbang di Taman Cenderawasih 2, Bandar Enstek, hari ini. FOTO Ihsan Facebook Maira Hasim.

Tindakan pantas ADUN Labu baharu tangani pokok tumbang raih pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Tindakan pantas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Siti Nur Umaira Hasim menangani aduan mengenai kejadian pokok tumbang di Taman Cenderawasih 2, Bandar Enstek hari ini meraih  pujian ramai.

Siti Nur Umaira, 36, yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rasah berkata, beliau menerima aduan pagi tadi mengenai sebatang pokok yang tumbang di hadapan sebuah rumah di Jalan Cenderawasih.

Beliau yang menang dalam Pilihan Raya Negeri Sabtu lalu bergegas ke lokasi bagi meninjau sendiri keadaan sebelum menghubungi Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk tindakan segera.

“Tindakan pantas diambil oleh pihak MBS dan kerja-kerja pengalihan pokok berjaya diselesaikan. Terima kasih kepada penduduk atas kerjasama yang diberikan dan MBS yang bertindak segera bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perkongsian itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang memuji kecekapan wakil rakyat tersebut dalam menyelesaikan aduan penduduk.

Firdaus Aziz menyifatkan Siti Nur Umaira sebagai wakil rakyat yang cepat bertindak dan sentiasa mengutamakan kepentingan masyarakat.

Seorang lagi pengguna media sosial, Ekscz Zahier berkata, komitmen yang ditunjukkan ADUN tersebut wajar dipuji kerana berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengenal penat.

Sementara itu, Mazlan Hamzah mendakwa berada di lokasi kejadian dan turut merakamkan ucapan penghargaan atas kehadiran dan tindakan segera ADUN tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN