SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin menafikan dakwaan beliau tidak menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini.
Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan itu berkata, beliau hadir pada majlis berkenaan yang menyaksikan Datuk Ismail Lasim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu dan berharap laporan yang mendakwa dirinya tidak hadir dapat diperbetulkan.
“Saya hadir majlis angkat sumpah Menteri Besar tadi (pagi). Kerusi banyak kosong kerana tiada jemputan pasangan,” katanya dalam perkongsian di media sosialnya hari ini.- KOSMO! ONLINE














