fbpx

Kelantan tetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah tahun ini iaitu RM7, RM14 dan RM21.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun, pembayar zakat boleh memilih kadar tersebut berpandukan kepada harga beras yang dimakan oleh mereka.

Katanya, pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter Baitulmal yang terdapat di masjid bandar atau jajahan.

“Pembayaran ini juga boleh dilakukan menggunakan e-Zakat Payment di laman seswang www.e-maik.my.

“Selain itu, ia boleh dilakukan menerusi kebanyakan institusi perbankan yang dilantik oleh Maik sebagai ejen kutipan zakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya yang juga Tengku Temenggong Kelantan, kadar nisab zakat harta bagi tahun ini telah ditetapkan sebanyak RM20,520 untuk haul antara Ramadan tahun 1442 hijrah hingga Ramadan tahun 1443 hijrah. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI