PETALING JAYA – Parti Wawasan Negara mencipta sejarah apabila meraih kemenangan sulungnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menerusi calon Perikatan Nasional (PN), Ridzuan Ahmad di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas.
Ridzuan yang sebelum ini merupakan penyandang kerusi atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya mempertahankan DUN Gemas selepas memperoleh 13,449 undi dalam saingan tiga penjuru.
Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Siti Aishah Seman Othman yang memperoleh 2,731 undi serta calon Bersatu, Azman Abdullah yang meraih 880 undi.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Wawasan memenangi kerusi pertamanya dalam sejarah penyertaan parti tersebut pada pilihan raya. – KOSMO! ONLINE














